JAM TAWAF TAWAF WATCHES

JAM TAWAF TERMA & SYARAT DROPSHIP


1. Pembelian seunit Jam Tawaf Alisra dengan harga runcit antara RM120 – RM350 akan dikenakan kepada setiap individu (Dropship) sebagai yuran pendaftaran. Anda perlu membuat pembayaran sekali seumur hidup sahaja sebagai Yuran Pendaftaran. Yuran ini tidak akan di pulangkan jika anda menarik diri atau keahlian dropship ditamatkan oleh pihak Alisra Sdn Bhd (Promosi daftar ejen percuma)


2. Anda hendaklah berumur 18 tahun ke atas.


3. Alisra akan menyediakan support group di telegram & whatsapp berkenaan jualan kepada semua dropship dari semasa ke semasa. Dilarang untuk share/spam maklumat yang tidak berkaitan dalam group tersebut.


4. Setiap dropship akan mendapat komisyen 15% daripada harga jualan Jam Tawaf Alisra.


5. Insentif/reward adalah berbeza setiap tahun.


6. Setiap dropship perlu menjual dengan harga jualan yang telah ditetapkan oleh pihak Alisra sahaja dan tidak dibenarkan menukar harga. Tindakan tegas akan diambil sekiranya dropship berbuat demikian.


7. Tata tertib dan cara layanan setiap dropship kepada pelanggan harus dijaga. Dropship secara tidak langsung mewakili Alisra dan perlu menjaga nama baik Alisra. Sekiranya terdapat aduan terhadap mana-mana dropship dari pelanggan Alisra, keahlian anda akan ditamatkan serta merta.


8. Online banking – setiap dropship wajib mempunyai online banking CIMBclick atau Maybank2u untuk memudahkan urusan pembayaran.


9. Media sosial – setiap dropship wajib mempunyai alamat emel yang aktif, dan muat turun aplikasi (WhatsApp & Telegram).


10. Sebarang gambar dan copywriting untuk tujuan pemasaran, boleh diambil daripada channel telegram produk atau ‘screenshot’ di ig, facebook page.


11. Urusan pembelian dan pembayaran berkenaan order adalah melalui sistem Bizapp & Onpay.


12. Harga termasuk kos penghantaran biasa. Setiap dropship Alisra mohon terlebih dahulu merujuk harga jualan sebelum memaklumkan kepada pelanggan disebabkan perubahan harga dari semasa ke semasa dari pihak Alisra.


13. Pembayaran sebelum jam 4 petang akan di pos pada hari berikutnya kecuali hari jumaat, sabtu dan cuti umum.


14. Penghantaran ke luar negara dikenakan kos penghantaran bergantung kepada negara dan unit. Rujuk pada HQ.

Follow us on :

LinkLinkLinkInstagramFacebookTikTok